Review Phone Qur’an Enmac

Salam…

Kali ni aku nak kongsikan sedikit review berkenaan dengan handphone Al-Qur’an Digital Enmac Model MQ3300. Handphone ni aku dapat belek-belek hari isnin lepas masa kawan abang aku datang. Dia memang agen jualan handphone ni so memang dia selalu bawak kemana-mana dia pergi.

Klik kat gambar untuk besarkan

Handphone Enmac ni salah satu brand handphone Al-Qur’an digital yang ada dalam pasaran Malaysia. Handphone Enmac ni memang tersangat-sangat best bagi aku sebab fungsi dia memang canggih dan dapat menyaingi kecanggihan Nokia, Sony, dengan tambahan fungsi islamic dia yang memang best. Antara fungsi-fungsi islamic yang ada dalam phone ni ialah, bacaan Al-Qur’an lengkap 30 juz oleh 7 orang Qari Masjidilharam, terjemahan Al-Qur’an dalam 24 bahasa berlainan, Tafsir Qur’an lengkap dan koleksi kitab-kitab hadis.

Selain tu handphone Enmac ni juga mempunyai koleksi hadis, doa, kitab-kitab, waktu solat seluruh dunia, dan penunjuk arah kiblat. Handphone Enmac ni juga mempunyai fungsi lain yang sama macam handphone lain dipasaran macam camera, bluetooth dan sebagainya. Boleh rujuk disini.

Handphone Enmac didatangkan dengan set lengkap, antara aksesori yang boleh didapati bila membeli handphone Enmac ni ialah, sebuah handphone Enmac MQ3300, 2 unit bateri, earphone, charger, kompas kiblat, usb kabel, warranty card, screen protector, surah index, CD bacaan Al-Qur’an dan user manual. Menarik kan? Lagi lengkap dari handphone lain yang ada kat pasaran happy

Ni antara video review yang sempat aku rakam

Memang kagum la dengan handphone Enmac ni, macam tak caya pun ada jugak. Lengkap Al-Qur’an dalam handphone ni siap dengan 7 suara bacaan dari qari yang berbeza. Senang nak bawak kemana-mana, so dapat kita tingkatkan amalan bacaan Qur’an.

141220091213

Kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki atau menghadiahkan handphone Enmac ni pada keluarga, adik-beradik, boyfriend/girlfriend(boleh baca Qur’an sama-sama time date, lagi elok dari terjebak dengan maksiat) winking, sila hubungi aku atau boleh juga rujuk kat blog Handphone Qur’an Digital Enmac.

Related Posts with Thumbnails

33 Responses to “Review Phone Qur’an Enmac”

Leave a Reply

CommentLuv Enabled