Mrdaha End Year Contest: Aku Sebuah Nokia 3310
Salam…
Ngah boring2 n xde idea nak update ape, tibe2 pulak teringat mrdaha punye contest. Aku pun da lame tak test, cube, try karang-mengarang ni. So hari ni aku nak uji balik tahap kebolehan aku dalam wat karangan ni..nak tengok, agak2 boleh tak aku kalahkan karangan budak upsr..hhehe ![]()
Cerita yang aku karang ni xde kene mengena dengan sape2 yang masih hidup n yang telah arwah, nama2 yang digunekan jugak adelah rekaan semate-mate..hehe, check it out! ![]()

Aku Sebuah Nokia 3310
Nokia 3310, siapa yang tidak kenal dengan diriku? Aku adalah salah sebuah handphone yang menjadi lagenda kepada pengguna-pengguna yang gilakan text pesanan ringkas yang lebih dikenali sebagai SMS. Aku adalah handphone yang berjenamakan Nokia dan Finland adalah asal-usul kewarganegaraanku.
Walaupun Finland adalah negara asalku, namun aku telah dilahirkan di China. Kenapa aku dilahirkan China? Itu adalah strategi pemasaran Nokia untuk mengurangkan kos pembuatanku. Di China kos bahan mentah dan buruh untuk membuatku adalah lebih rendah berbanding negara-negara lain. Setelah aku siap dicipta disana, aku telah dihantar ke sebuah kedai di Malaysia. Aku telah dipamerkan di dalam sebuah kotak kaca, kehadiranku dikedai tersebut telah menarik perhatian ramai manusia terutamanya remaja.
Pada suatu hari, seorang manusia bernama mrdaha telah membeliku setelah beliau membelek-belekku selama 4 jam. Setelah mrdaha berpuashati dengan segala fungsiku, dia telah membayar sejumlah wang kepada tuan kedai tersebut. Dengan hati yang gembira, mrdaha terus membawaku pulang ke rumahnye, sampai sahaja dirumah, mrdaha terus meloncat-loncat keriangan kerana telah berjaya memilikiku setelah menyimpan wang selama 4 bulan hasil tabungan hariannya.
Aku telah dijaga rapi oleh mrdaha, die sangat sayang kepadaku dan sangat berhati-hati menjagaku supaya tidak ada satu calar pun ditubuhku. Aku telah digunakan sebaik-baiknye oleh mrdaha, aku digunakan untuk menelefon dan menghantar mesej kepada keluarga, sahabat dan tidak lupa juga kekasih hatinya. Terkadang aku merasakan geli hati apabila mrdaha bergayut dan menghantar mesej-mesej puitis dengan kekasih hatinya, tersangat-sangat manja dan romantis sekali.
Pada satu hari, ketika mrdaha sedang menggunakanku semasa dia sedang berjalan ke pasar pagi. Tanpa disengajakan, mrdaha telah terlepaskan tubuhku dari tangannya, lalu aku terjatuh kedalam longkan yang harum semerbak longkang-longkang di Laos. Mrdaha dengan sepantas kilat telah mengutipku dan terus menswitchoffkan diriku. Tindakan pantasnya itu telah menyelamatkanku…fuhh, lega sungguh hatinya. Tetapi malangnya, aku telah dicilok oleh seekor pencuri ketika mrdaha sedang nyenyak dibuai mimpi di bilik kolejnya.
Sejak aku dicilok, aku telah digunakan dengan kasar oleh pencilok terbabit. Tubuhku langsung tidak dijaga, penuh dengan calaran. Akhirnya diriku semakin tidak stabil dan rosak, maka tamatlah riwayatku sebagai sebuah handphone. Aku telah dibuang ke dalam tong sampah ditepi rumah si pencilok terbabit.


goodluck!
[Reply]
wan2911 Reply:
December 14th, 2009 at 8:19 pm
tHanks enydiamond
[Reply]
dasyat jugka karangan ni

byk jugak buat kajian pasal 3310 eh
[Reply]
anyway,
gud luck!!
[Reply]
wan2911 Reply:
December 14th, 2009 at 8:19 pm
haha…xdenye nak kaji2 kak, hentam je neh

tHanks doakan sy
[Reply]
good luck bro..
[Reply]
wan2911 Reply:
December 14th, 2009 at 9:16 pm
huhu..layak ke cite ni nak menang

nway, tHanks
[Reply]
good luck! haha.
ingatkan menang dapat nokia 3310. xpulak. haha
ariff´s last blog ..Obama & Facebook
[Reply]
wan2911 Reply:
December 15th, 2009 at 5:25 am
haaha..best jugakkan kalau dapat 3310 tu,
barang antik oo..hehe
tHankss
[Reply]
wooohooo…. cm biografi UPSR btl la!! bgs kemba bgs!! ak bgga ngn kemba!! yeahh!!
[Reply]
wan2911 Reply:
December 15th, 2009 at 12:25 pm
hehe…tQ kemba bagi semangat kat aku..ahakss
[Reply]
nice story..
=D
Eazy Izzuddin´s last blog ..BFundi BroFramestone dengan EazyIzzuddin
[Reply]
wan2911 Reply:
December 15th, 2009 at 3:17 pm
huhu..nice ke?

tHankss
[Reply]
sungguh pandai jejaka ini membuat karangan….up sikit dari karangan budak2 nak ambik UPSR..tahniahhhh and gud luck!!!
[Reply]
wan2911 Reply:
December 15th, 2009 at 4:10 pm
haha..ye ke up sket dari dak upsr?

macam x caye la pulak..haha
tHanks kak
[Reply]
bagus btoi..cikgu bagi 99% boley..
yana´s last blog ..<< aku & dirimu >>
[Reply]
rajin btoi wan ni..
yana´s last blog ..<< aku & dirimu >>
[Reply]
wan2911 Reply:
December 15th, 2009 at 10:05 pm
hehe…biar betul dapat 99% ni cikgu yana?

tenkiu2..hihi,
bosan2 xtaw nak wat pape, tu yang try mengarang
[Reply]
gudluck!!
[Reply]
hp pertama yg akak beli guna hasil titik peluh sendiri canggih sikit dr 3310…hahaha…3315,time tuh harga RM250..bangga gila time tuh dpt pakai hp sendiri…bila ingat balik kekar pun ada…
zie fauzi´s last blog ..SALAM MAAL HIJRAH
[Reply]
wan2911 Reply:
December 17th, 2009 at 4:31 pm
tHanks kak
huhu..sy up sket, hfon ptame trus canggih ade camera skali, 3200. beli ngan abang rm100 ngan anta kedai repair rm90..huhu
[Reply]
zie fauzi Reply:
December 17th, 2009 at 5:14 pm
zaman adik dh ada hp canggih..zaman kak takder lg hp tuh..2,3 tahun pastu baru ada..
sebab hp pertama ni la,ada sejarah hitam masa kak belajar dulu..masa tuh baru semester 1..geram jer bila ingt balik..
zie fauzi´s last blog ..SALAM MAAL HIJRAH
[Reply]
wan2911 Reply:
December 17th, 2009 at 5:28 pm
hehe…tu la, tapi sy ingt lagi abg sy beli 3310 dulu rm700 kot. sejarah itam ape ek? hee
[Reply]
sejarah tak mungkin berulang.. hp pertama akak tu kena curi,rompak,dan seangkatannye la.. si pencuri tuh masuk bilik hostel time akak dgn kawan tgh tido nyenyak… nasib baik dia amik hp jer,kalo la dia apa2kan akak dgn kawan time tu tak la apa jadi.. sebab saksi yg nampak cakap yg curi tuh lelaki.tah cmna dia leh masuk bilik,pd hal akak dh kunci betul2 dh..
zie fauzi´s last blog ..SALAM MAAL HIJRAH
[Reply]
wan2911 Reply:
December 17th, 2009 at 8:35 pm
ish…bhayenye..nasib baek la kn.
saksi yg nmpak tu tengok je ke?
sy pun pnah kene jugak time ngah tido,
dah la kat rumah, tengah siang pulak tu,
ntah sape punye keje gaknye.
[Reply]
waa…bestnye karangan nih
teringat zaman wat karangan ms mude2 dulu….
gud luck bro
[Reply]
wan2911 Reply:
December 18th, 2009 at 11:56 am
hehe..best sangat3 time skola dulu kan

tHanks
[Reply]
semoga berjaya la ae..mne la 3310 ku dulu yg telah dicuri org..aduhai…
ratusalju´s last blog ..flymas.mobi – as easy as 1,2,3!
[Reply]
wan2911 Reply:
December 18th, 2009 at 11:57 am
tQ ratusalju..grrr..sejuk..hehe
la, fon penah kene curi jugak ke?
ramai jugk ek yang fon penah kene curik.
[Reply]
tigatIga sekupang baling kt kepala pun x pecah.
cayalah !
ain´s last blog ..CONTEST: pja,belikan saya souvenir Turki!!
[Reply]
wan2911 Reply:
December 18th, 2009 at 11:46 pm
haha…hfon paling tahan lasak kat dunie tu, patut masuk record dunie
[Reply]
handphone tahan lasak yang disukai ramai. hehe
nn´s last blog ..CONTEST: Aku dan …
[Reply]
wan2911 Reply:
December 21st, 2009 at 11:37 am
fon petama yang boleh mesej kn? pastu tahan lasak, memang jadi kegilaan la..hui3
[Reply]
nice.. tetiba teringin nak join.. haha.. tengok la camana nnt.. =P
but anyway, good luck!.. (^^,)
najmie´s last blog ..anak-anak ikan terhangat di pasaran~~
[Reply]
wan2911 Reply:
December 21st, 2009 at 11:40 am
haha…join je la, bukan susah pon..hehe
[Reply]